Widget Comel Comel: Panduan Memasang Widget

Panduan Memasang Widget

Baiklah, sekarang saya akan tunjukkan langkah2 untuk memasang (install) widget yang anda ingin pasang di blog anda. Ikuti langkah2 berikut dengan teliti.

1. Copy code yang terdapat di dalam kotak html. (Pastikan anda copy semua, jangan ada bahagian yang ertinggal).


2. Login ke akaun anda, dan klik layout yang terdapat di bahagian kolum kiri.


3. Klik Add a Gadget di salah satu bahagian yang saya tandakan highlight kuning di gambarajah di bawah. (Tidak menjadi masalah yang mana anda pilih, kerana kedudukan widget bergantung pada code yang telah saya berikan).


4. Klik HTML/JavaScript dan Paste code yang telah anda copy sebentar tadi. Klik Save.


5. Siap! Widget anda seharusnya kelihatan seperti di bawah. Untuk menukar saiz widget, anda bolehlah menukar nilai saiz height =" " dan juga width=" " yang terdapat pada code tersebut. Untuk mengubah kedudukan, tukar position = left kepada right, bottom kepada top.

Harap anda suka dan berjaya memasangnya! Sebarang pertanyaan, silalah tinggalkan di ruangan komen di bawah ye, Salam! :D
♫ Laa lala lala.. saya ♥ nuffnang!